salam.
best kan kalau korang melantak sesuka ati tapi tak der effect kepada kenaikan berat badan or tak kan dapat menternak lemak..
cakap je..
makan coklat berbar-bar..
makan nasi ari2..
makan mee kedai mamak..
makan roti canai...
makan kek secret resepi or kek yang tak secret resepi..
or sumbat je segala macam makanan..
tapi fulawak!! no effect maa...
tetap maintain...
okiep,
antara sebab utama adalah kadar metabolisme seseorang yang tinggi yang mana boleh membakar segala lemak-lemak/kalori dengan cepat ataupun lebih senang capat "nyah kau dari badan aku cepat lemak!!"
cam gitu la kan...
tapi hakikatnya...
no...no..no...
jangan sanggka ini perkara yang baik.
ada kesan negative juga..
tapi tak pasti samada ianya betul atau tak...(so kalau salah bagitau k)coz dari sumber yang terbaca menyatakan "metabolisme tinggi tidak sebaik yang disangka"..
betul ke tak... jom baca sesama..
dipetik dari keratan akhbar sinar semalam..(1/Mei/2011)
"keupayaan memakan kek dan coklat tanpa menjadi gemuk mungkin tidak seseronok yang disangka..
ini kerana saintis membuktikan individu yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding dari mereka yang membakar kalori dengan perlahan.
kajian ke atas 600 sukarelawan menunjukkan peningkatan dalam tahap metabolisme sebenarnya turut menyumbang kepada proses penuaan yang lebih cepat.
experiment yang dijalankan ke atas haiwan juga membuktikan terdapat hubungan kuat antara jangka hayat dan kadar metabolisme badan.
peningkatan jumlah tenaga yang digunakan badan sebenarnya menjadi risiko kematian awal kerana dipercayai mampu menyebabkan kerosakan organ lebih cepat-WASHINTON" jadi??? pe nak wat sekarang??
kalau kadar metabolisme rendah, orang cakap makan sikit da naik or gemuk..
tak pasal-pasal obesiti.
tapi kalau kadar metabolisme tinggi, boleh melantak sesuka ati..
lain pulak yang jadi..
ish..ish.. penin mak jah weh!!
tapi tak kesah la, asal makan perut kenyang sudah.. alhamdulillah da tu.. ye tak???
No comments:
Post a Comment