Best Food
nice food
healty Food

Tuesday, April 5, 2011

CUN punya massage

Salam..

Nak tanya rasa-rasa korang pernah dengar tak dialog kat bawah ni??
Baca-baca..

M.K: Awak boleh tolong kite tak?
R.I: Tolong apa?
M.K: Tolong pegangkan beg kite ni?
R.I: laa kenapa pulak. Letak jela kat bakul depan
M.K: tak selamat la awak. Nanti kena ragut kan susah. Tak salah kan awak. Baik cegah dari berlaku.
R.I: takkan saya jugak yang kena pegang beg awak yang kaler pink ni…
M.K: ala pegang jela. Lagipun awak tu kan pembonceng je.
R.I: okla.. bak sini saya pegang..


Lebih kurang camni la dialog dia.

Haha..dapat agak tak!
Aik, cik joyah.. cewah senyom nampak gigi nampak. Dapat teke la tuuuh..hehe
Yang still blur-blur.. atau apekah???
Meh aku bagitau meh..

Dialog ni diantara dialog message peringatan artis-artis bersama era. So, siapa yang selalu dengar ERA.FM tu mesti dikalangan yang senyom-senyom tadi kan.
Tapi asal aku kecoh-kecoh kan.. tak ada la, coz dalam banyak-banyak message kat era tu aku tertarik ngan massage dari gadis cun dan hero kampung ni. Maya Karin dan Remy Ishak..

First time aku dengar aku tergelak sakan.. nak..nak.. time “PINK” tuh..Sweet je..
Tapi disebalik gelak-gelak tu, mesti paham massage yang nak di-transfer kat kepala otak kita kan.. bukan ni je, banyak lagi massage-massage yang hendak di ingatkan kepada kita + dengan cara mereka yang tersendiri. Antara artis yang collaborate dan bersama-sama dengan Era macam Lisa Surihani, Awie, Aizat, Noh Hujan, Zizan, Johan, Spider, Ana Rafali dan ramai lagi.. korang check out sendiri.

CUN kan massage-massage tu. haha..
Lagi CUN kalau korang dapat ikut semua massage tu kan. bak kata Ustaz Izi “renung-renungkan, dan selamat beramal..”

some pic!!





p/s: da tengok filem cun ke blom..kalau belom and rasa-rasa nak tengok, kat sini aku bagi sinopsis..

Sinopsis Filem Cun

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’

ada paham..so..
daaa~




No comments:

Post a Comment