Salam..
Di satu planet Muslim yang terletak di cerekawala khairiah, tersebutlah kisah penduduknya yang pelbagai gaya dan pe’el. Dua buah keluarga yang begitu terkenal dengan kisah anak-anak mereka. Hidup berjiran dan agak rapat. Pasangan Syuhada dan Kamilah hidup dalam teratak yang dari luar nampak setinggan tapi bila masuk je dalam, fulamakk….banglow beb. Pendek cerita ni hidup macam bunga taik ayam, sekejap kembang, sekejap kuncup. Tapi mereka tetap happy go lucky. Itu baru je pendek yang cerita, tapi kalau panjang yang cerita tak taulah pulak. Lainlah pulak ngan kisah jiran mereka, pasangan Rashid dan Hamizah. Mereka ni sentiasa ‘cool’ je.. kalau ada yang hot pun diaorang campak je kat dalam lombong. Bak kata orang tua-tua, buang yang keruh amik yang jernih la lebih kurang.
Bermulanya cerita begini. Femili pertama ni Syuhada bekerja sebagai Doktor haiwan manakala isterinye Kamilah plak bekerja sebagai Pakar belah dagu. Diaorang ni sentiasa bizi sampaikan memaksa diaorang mengambil 2 orang gaji yang bertauliah iaitu Baiti dan Izan untuk menguruskan rumah mereka. Manakala femili ke-2 ni Rasyid plak bekerja sebagai Pegawai pencegah maksiat and Hamizah hanyalah surirumah tangga sepenuh masa.
Pasangan Syuhada dan Kamilah sokmo naik pening kepala memikirkan pasal anak-anak diaorang. Mana taknya, antara kesembilan-sembilan anaknya, sorang dua je yang mengikut kata. Anak sulung mereka, Muhaimin yang kerjanya asyik mengacau orang gajinya si Baiti. Sampaikan Baiti ni masak tempoyak pun terasa kari. Dia ni terpaksalah menjaga adik-adiknya sebab dia ni Along. Kesian juga kekadang tengok dia. Tapi takpe, kana de Baiti gerenti kerja tanggung beres. Adik padanya Angah ialah Hanafiah. Dia ni susah sikit nak tafsir pe’el dia. Mana taknya kalau gi sekolah tu boleh bilang je berapa kali yang dia gi, selebihnya tak taulah kemana. Samer lah ngan anak ketiga diaorang, Riaduan ni maleh gi sekolah gak. Dia ni cecitenya nak jadi pemain bola sepak kebangsaan kononnyer. Tak habih-habih ngan bola. Celik mata je bola, nak tutup mata bola sampaikan ngigau pun sebut bola. Cadar, katil, bantal peluk, bantai “busyuk” semuanya bentuk bola. Parah ni….tapi lantak ko la Duan asal bahagia sudah.
Yang ni cerita anak perempuan diaorang pulak. Ateh tak lain tak bukan Radiah saper lagi. Dia ni bukan setakat hobi malah tabiat dia asal letak kepala je…kroh….krohh..kroohhh…huruf ZzzzZZ pun muncul. Tapi don worry pelajaran tetop jalan. Kembang la idung mak bapak dia. Yang sorang lagi nih panggilnya Acik, sape lagi Farahaini. Mula-mula maleh nak cerite tapi takut terasa citer jugak la. Dia ni tension duduk ngumah, mana taknya adik-adiknya kate suruh jadi penyanyi, ganti Ella lah katanye. Tapi dia ni lebih minat meneruskan kariernya sebagai pemain ping-pong. hanya seorang yang memahami dia iaitu adik bawahhya De, Dila. Si De ni plak jahatnya susah nak kata tapi dia asyik ke rumah Pak Rashid jeee.. hantar kuih katanya..tapi tak taulah betul ke idak. Ntah-ntah…patutlah kuih kat rumah selalu kurang..dah kantoi. Lainlah pulak ceritanya ngan Anjang iaitu Hafizi. Dia ni terer add mate. Cecite nak jadi YB satu hari nanti. Mintak-mintak kabul la doa dia. Amin.. Bawahnya pulak Afzan. Dia ni sivik sikit. Dia ni kawan baik ngan anak Pak Rashid sebelah rumah. Yang akhir sekali Maisarah(Mai). Suruh panggil adik la konon. Cehh, bapaklah ngade-ngade. Asal kena buli sikit mulala report kat Along..cehh, tak seporting kot. Tapi takpe, kitaorang tak heran langsung. Lagi satu, pe’el dia malas gi sekolah. Kalau nak pegi, mesti kena ada orang yang jemput. Hazmalina(Nana) jugakla yang baik. Sokmo jemput dia naik moto skuter dia.
Mari kita tinjau rumah sebelah, pasangan Pak Rashid dan Hamizah. Dia ni ada anak 9 orang jugak. Semua mengikut kata cuma sorang dua je yang degil sikit. Yang sulung, Nasrul. Abang long ni garang sikit. Yelah anak borek bapak rintik. Ehh, salah lak. Bapak borek anak rintik gitu.. selalu bagi tazkirah kat adik-adik dia, tapi cuma Saifuddin sorang je yang dengar. Yang lain bila nak mula je terus tidor. Nasiblah, yang Angah ni baik sikit. Yela kesian tengok abang dia habih air liuq, jadi dengarlah jugek. Dia ni rapat dengan anak Pak cik Syuhada iaitu Hafizi. Ceciter nak jadi imam besar masjid Negara.. gerun tu.
Anak perempuan sulung diaorang, Diyana. Dia ni suka sangat ngan bunga tanjung. Sampai gaduh dengan adiknya Za(syarifah zaharah) sebab sorang nak tanam bunga tanjung, sorang lagi nak tanam keladee. Nak pulak Za ni berdendam ngan Pak Cik Syuhada sebab asyik-asyik bila Pak cik Syuhada undur kereta je langgar keladee Si Za ni. Mulala muncung sedepa.. Orang-orang semua panggil Za ni minah keladee. Habis satu rumah penuh ngan pokok keladee. Bawahnya plak Fareha, anak kesayangan keluarga. Dia ni pakar dalam pelajaran, so selalu tukar-tukar idea ngan anak jiran sebelah. Adik dia Muhaimin ‘H’ selalu ejek dia minat kat Duan tapi dia selalu nafikan. Si Muhaimin ‘H’ ni plak cewah.. selalu tunjuk macho kat kawasan tu. bolehlah kalu setakat nak jadi ‘hos’ Misteri Nusantara. Lain lak halnya dengan Hafizi samad ni. Dia ni tak suka ikut cara abang-abangnye tapi dia suka sangat kawan ngan anak Pak cik Syuhada, Hanafiah. Selalu ponteng sekolah. Pak Rashid ngan Mek Jah selalu kena panggil dek cikgu, tapi bila paren diorang ni gi je sekolah dia terus je hilang tak kemana. Dia ni gak suka curi pisang dari kedai Mak cik Uyun. Mak cik Uyun selalu je mengamuk.tapinye dia ni ada jantung jugak kat De, anak si jiran sebelah. Anak pasangan yang akhir sekali nie kembar. Fana ngan Fiza ni selalulah jemput member-member dia Aisyah ngan Mardiah. Dua orang ni bukanlah anggota keluarga kedua-dua pasangan ni tapi anak jiran kawasan tu je. Si kembar ni suke sangat beli pisang kat kedai goreng pisang Mak cik Uyun ni. Mentang-mentang la orang tua tu ada anak lelaki, Afzan. Afzan ni plak selalu je kena buli ngan budok-budok kat situ, suruh buat keje sekolah..ish…isshh..kesian…
Uih terlebih panjang da cite ni. Dari sebesar kuman sampai sebesar dinasor dah. Penat da korang bace kan.. kalau ikutkan tu belom lagi cite pasal hero-hero ngan heroin-heroin kampung sebelah, pak cik guard yang berkaki lebar..eh silah..yang berkaliber, pengerusi jawatan kuasa penduduk ngan ramai lagi. Tapi nyer still nak ucapkan sekalung, dua kalung even tiga kalung penghargaan kat cikgu tuisyen yang diupah oleh kedua-dua keluarga ni, Cikgu Ayu, Cikgu Zizah, Cikgu Bad, Cikgu Noraini, Cikgu2 Lain dan tak lupe Cikgu-cikgu yang ajar kelas agama.. Ustazah Zaliha, Ustazah Rosidah, dan ramai lagi yang tak tersebut kat sini. habis air liuq diaorang sebab nak ngajar bebudak ni sume. Sampaikan ada yang rase nak pencen awal je sebab berdepan dengan pe’el yang macam-macam. Tapi sebab berkat habis basah satu kepala tiap kali balik rumah dek kena sembur dengan air-air liur diaorang ni la bebudak ni akhirnya berjaya masuk “unibesiti” dan bidang masing2. Alhamdulillah.. baguih-baguih.. sejuk perut MOK mengadung iyek.
Oklah, cite ni hanyalah rekaan dan di rombak-balik semata-mata mengenang kembali kenangan masa form 5 aku dolo-dolo kala. Walaupun bagi aku, tak banyak yang nak kongsi kat sini tapi kenangan form 5 bersama-sama diorang was the best moment ever… and for those who yang belajar sama “unibesiti” ngan aku nanti jumpe rojer2 la.
No comments:
Post a Comment